Tuesday, March 8, 2011

HASIL TANGAN PERTAMA SELEPAS BERPANTANG....


Erm..dah lama rasanya tak update blog sejak-sejak bersalin hari tu.Maklumla,dalam tempoh berpantang bukan leh wat apa-apa,melayan si manjaku kedua yang masih nak belajar mengenal dunia tu,Muhammad Ikram Bin Zakaria namanya.Lepas tu dengan asyik sibuk berulang alik Klinik Kesihatan Labis sebab masalah kuning (jaundis) hampir sebulan.Dah balik umah mak baru la dapat pegang laptop untuk update blog ni,huhu..Dan baru hari ni iza baru dapat wat kerja tenang sket sebab baby da tido sebab ada 'bibik'nya yang jaga iaitu Buaian Elektrik seperti gambar bawah ni,lega rasanya...


Okla,dipendekkan cerita,di bawah ni adalah hasil tangan pertama iza selepas habis berpantang.saja2 buat,just for fun..jomla tengok-tengok..



Oreochoc ni iza buat untuk kawan adik iza.Kawan die prefer coklat yang kurang manis,so iza bagi die dark chocolate.Khas untuk ahin bagi kawan die,siap ada love pink plus green lagi,kelasss...



Yang lagi satu ni,iza wat resepi lain sket.Dalamnya letak wafer hazelnut dan dibuat khas untuk anak saudara iza,irfan yang sambut birthday pada 6 Feb hari tu.Happy Birthday Irfan!!!

No comments: