Tuesday, March 15, 2011

ORDER UNTUK MAJLIS AKIKAH


Yang ni adalah order dari Kak Uji,Parit Awang.Kebetulan lepas wat orderbos,dia call untuk order sebalang juga.Katanya nak buat makan2 masa majlis akikah.Kak Uji nak bentuk love katanya n warna apa2 je.Ok,apapun thanks for the order.Nanti  jangan segan2 order lagi ya Kak Uji,haha

 Note : Gambar coklat di dalam balang sebelum dipacking lawa2,hehe.. 

ORDER DARI BOS.THANKS BOS!!


Yang ni pulak order dari kak mia,bos iza.Dia order sebalang 30 biji untuk makan2.Thanks kak mia,hehe..

TEMPAHAN DARI KAK JUN FELCRA BUKIT KEPONG



Gambar atas ni adalah order dari Kak Jun Felcra Bukit Kepong.Dia menempah 100 unit (200 biji coklat berinti gajus n badam keping) untuk dijadikan doorgift perkahwinan.And lagi sebalang yang kat tepi tu pun Kak Jun order untuk family makan2 katanya.Apapun thanks for the order ya kak.Jangan segan2 order lagi ya,keh keh.. 

Tuesday, March 8, 2011

ORDER DARI STAFF KKIA


PANDANGAN DARI ATAS BALANG


11 BALANG YANG AKAN DIHANTAR KE KKIA


Ni adalah order dari staff2 KKIA Labis yang suka coklat,hehe.Jadi Sweet Muzafi pun buatkan 11 balang coklat ada filling gajus n badam hancur serta berbentuk ros n daun.Lagipun iza tengah wat offer untuk product ni.Dalam balang ni ada 30 biji coklat dan harganya cuma RM22.00 je.Tq ya kawan2 di KKIA.Kepada sesiapa yang nak order wat makan2 ke,hidang kat tetamu ke,cepat2 sms iza k 013-7868611/013-7393899...

CENDERAHATI UNTUK STAFF KKIA LABIS


Oleh kerana iza bersalin kat rumah hari tu,jadi iza n abg bercadang nak bagi cenderahati pada staff KKIA Labis sebab merekala yang bantu iza 'push' ikram di saat2 genting hari tu,hehe.Nasib baik sebelum mereka datang,jiran2 iza yang prihatin juga ada datang menenangkan iza sebab abg dah kelam kabut cari nurse,hehe..lucu kalau dikenang semula..thanks kepada semua yang membantu..hanya Allah yang dapat membalasnya..Haa,dipendekkan cite,izapun rancangla dengan abg order makanan tengahari n wat sket goodie bag untuk staff klinik tu..yang penting mesti ada coklat kan,haha..mehla cuci mata tgk apa yang iza dah sedia untuk mereka..

OREOCHOC KHAS UNTUK JM SYAHIDAH (NURSE YANG PALING BERJASA)

GOODIES SEBELUM DIHIAS

GOODIES SELEPAS DILETAKKAN HIASAN RINGKAS

GOODIE BAGS YANG DAH SIAP DAN TINGGAL NAK HANTAR JE KAT KKIA.
TERIMA KASIH SEMUA..

HASIL TANGAN PERTAMA SELEPAS BERPANTANG....


Erm..dah lama rasanya tak update blog sejak-sejak bersalin hari tu.Maklumla,dalam tempoh berpantang bukan leh wat apa-apa,melayan si manjaku kedua yang masih nak belajar mengenal dunia tu,Muhammad Ikram Bin Zakaria namanya.Lepas tu dengan asyik sibuk berulang alik Klinik Kesihatan Labis sebab masalah kuning (jaundis) hampir sebulan.Dah balik umah mak baru la dapat pegang laptop untuk update blog ni,huhu..Dan baru hari ni iza baru dapat wat kerja tenang sket sebab baby da tido sebab ada 'bibik'nya yang jaga iaitu Buaian Elektrik seperti gambar bawah ni,lega rasanya...


Okla,dipendekkan cerita,di bawah ni adalah hasil tangan pertama iza selepas habis berpantang.saja2 buat,just for fun..jomla tengok-tengok..



Oreochoc ni iza buat untuk kawan adik iza.Kawan die prefer coklat yang kurang manis,so iza bagi die dark chocolate.Khas untuk ahin bagi kawan die,siap ada love pink plus green lagi,kelasss...



Yang lagi satu ni,iza wat resepi lain sket.Dalamnya letak wafer hazelnut dan dibuat khas untuk anak saudara iza,irfan yang sambut birthday pada 6 Feb hari tu.Happy Birthday Irfan!!!